Cintai seseorang karena kelebihannya, dan sayangi ia karena kekurangannya…
Kamu mencintai seseorang, tentu kerana kelebihannya membuat kamu kagum… Kamu tidak mungkin mencintainya tanpa sesuatu yang membuat hatimu tergerak.. Sekalipun cinta tidak selalu logik, namun tentu ada sebab yang membuat kamu mencintainya.. Dan apa pun bentuknya, sesuatu itu adalah kelebihan yang terdapat pada orang yang kamu cintai, dalam pandanganmu…
Dan kamu menyayangi seseorang, kerana ia dalam posisi lemah di mata kamu.. Sebab itulah kamu menyayanginya… Menyayangi bukan kerana kelebihan, tetapi kerana kekurangan; bukan kerana kekuatan, melainkan kerana kelemahan…
Jika cinta boleh terjadi pada orang yang berada pada posisi lebih tinggi, sedarjat, atau di bawah… maka sayang hanya terjadi pada orang yang sedang dalam posisi kuat, kepada yang lebih lemah…
Kepada Tuhan dan Nabi, manusia hanya boleh mencintai, tidak mungkin menyayangi… Kerana Tuhan dan Nabi berposisi sangat kuat di atas manusia biasa… Keduanya adalah keunggulan, bukan kelemahan dan kekurangan… Sehingga, tidak tepat kita mengucapkan, “Aku sayang Allah, aku sayang Rasulullah.” Yang lebih tepat adalah, “Aku cinta Allah, aku cinta Rasulullah…”
Allah mencintai (hubb) orang-orang tertentu dari hamba-hamba-Nya, kerana mereka telah membuat-Nya kagum: DIA memuji mereka karena kelebihannya. Karena itulah kecintaan-Nya dianugerahkan kepada mereka…
Namun, DIA tetap menyayangi (rahmah) para hamba-Nya, karena mereka adalah makhluk lemah… Dan kasih sayang-Nya tetap disebarkan kepada siapa pun…
Perbezaan antara cinta dan kasih sayang, adalah: jika kasih sayang boleh diberikan kepada siapa pun, namun tidak demikian dengan cinta… Cinta hanya diberikan kepada orang yang memiliki keutamaan (kelebihan) di mata pecintanya…
Maka, jika seseorang membuatmu kagum, cintailah… Dan jika ia membuatmu ?????, sayangilah… Terlebih kepada orang-orang terdekat dalam kehidupanmu…
Jika cintamu menghilang dari seseorang yang tidak lagi membuatmu kagum kerana kelebihannya, maka engkau tetap boleh berbuat baik kepadanya dengan menyayangi…
Jika engkau tidak boleh mencintai seseorang kerana tidak kau temukan kelebihannya di matamu, maka sayangilah ia kerana ia lemah dalam pandanganmu…
Namun sejujurnya, adakah orang yang tidak memiliki kelebihan… dan juga kekurangan…? Tentu, setiap orang memiliki keduanya sekaligus… Dan kerana ia memiliki keduanya, bererti siapa pun layak dicintai dan disayangi: dicintai kerana kelebihannya, disayangi kerana kekurangannya...
* Hasil penulisan di atas bukanlah dari karya ana...tp ana tertarik dgn kata2 nya..Bila kita renungkan sejenak..memang pernah terjadi pada sesetengah orang yg x boleh terima kelemahan dan kekurangan seseorg..bahkan dia dipinggirkan... dlm hidup,dlm bersahabat,...dan sebagainya...Sepatutnye..pd org yg ada kelemahan dan kekurangan ini kita patut menyayanginya...supaya dia x rasa dia keseorangan....*
Bila hilang punca
3 years ago
No comments:
Post a Comment